Usah teruja benar dengan kenyataan di atas. Mungkin sesuai untuk ekspresi pada cerita seterusnya :)
Atas kepercayaan sahabat, aku sekali lagi diberi tanggungjawab untuk bersama dalam team Motivational Camp anjuran Psychology Club IIUM. Nak tersembul mata aku bila diumumkan "Modulator Bureau will be lead by Sister Noor Azian Ismail"....huh??
Still?? Bukan apa..macam tak percaya:p (eh, patutkah rasa macam tu??) entah..
Dengan Psycsta, rasa macam "you must be at the professional level at all" Yeap, kind of pressure. Entahla, dengan team lain, aku rasa lebih selesa. Ah, mungkin sebab aku dikelilingi oleh orang-orang pandai..heh! Yelah, budak-budak Psycsta sume pepandai :) Rasa segan plak..
"Apa plak Long, you have that talent..bijak belajar tak sama dengan kebolehan lain. Setiap orang ada lebih dan kurangnya. Tak gitu Long?? Dulu, Along jugak yang cakap.."
Cet! terkena aku..hehe ^_^
Yeah..I admit, to have that kind of feeling (stress) is good actually. It drives someone to be prepare at least..hehe.
(Pandai aku motivate diri..keh keh) <----merely: DEFENSE MECHANISM..ahaks :P
Yeap, lagik satu, ini dah bidang aku. So, bersyukurlah sebab ada yang percaya nak bagi aku gilap lagi bakat. Sekurangnya, aku dah ada tagline aku sendiri. Bab fasilitator makin ngam dan sinonim dengan nama aku:) ALONG..hehe.
Kena optimis..pandang positif. Yet, bukan mudah nak kasi diri percaya pada diri sendiri ^_^
Balik pada ke"tidaksedaran diri" tadi. Aku fokus pada adik-adik di sekolah sebenarnya. Hmm..bukan nak kutuk ke apa..takdelah. Aku sayang mereka. Setiap kali turun sekolah, aku rasa aku nak kongsi segala. Aku nak diorang sedar sebenarnya kat luar tu ada pelbagai benda yang unexpected.
Cuba je tengok apa jadi bila tamat sekolah. Peh, yang sekolah agama, dah takde dah imej lama..sume berubah. Bukan aku nak fokus kat budak sekolah agama, tapi sedih betullah dengan apa yang aku lihat skang ni. Bukti dah terlalu banyak. Rasanya bila diorang tu sekolah, diorang rasa 'kena paksa' untuk patuh pada peraturan. Abis sekolah..tu yang macam monyet keluar ke bandar..
Yeap, jatidiri takde. Identiti sebagai Muslim dan Muslimah tu waktu kat sekolah je, dan lebih berteori. Praktikalnya kurang..
So, rasa bertanggungjawab utk sedarkan adik-adik tentang segala. Tak banyak, sedikit jadilah. Ini pilihku, sebagai khalifah kecil, dai'e di Bumi Tuhan..dengan apa jua kepakaran yang ada :)
Tak kira apa, dengan siapa..as long as kita ada sesuatu, kita kena work out. Kita keluarkan potensi diri yang ada, dan be somebody. Bila kita percaya pada diri dan orang percaya pada kita...kita dah lunaskan sebuah kemampuan yang tersembunyi; sebenarnya tertanam pada tiap entiti yang bernama manusia:)
"Kitalah sebaik ciptaan antara manusia, yang menegakkan ma'ruf dan menghalang mungkar"
Thank you Allah.
No comments:
Post a Comment